
KALAU sebut sahaja bab modifikasi motosikal, jangan risau dengan kemampuan anak muda tempatan. Ada sahaja inovasi baharu yang dicipta.
Terbaharu, sebuah akaun Facebook, Tokan Helmet memuat naik satu video yang memaparkan motosikal jenis Yamaha RX-Z telah dimodifikasi dengan sistem keselamatan menggunakan cap jari.
Menurut pemilik motosikal itu, hanya cap jari yang telah disimpan boleh diimbas untuk membuka kunci motosikal sebelum menghidupkannya.
Jika cap jari yang digunakan tidak ada di dalam sistem, pengesan cap jari itu akan mengeluarkan lampu berwarna merah dan jika berwarna biru, barulah motosikal boleh dihidupkan.
Menerusi ruangan komen, ada yang kagum dengan modifikasi tersebut yang akan membantu daripada segi aspek keselamatan.
Namun, ada juga yang menyatakan bahawa inovasi itu seakan tidak berguna kerana pemilik masih perlu menggunakan kaki untuk menghidupkan motosikalnya.
Antara ruangan komen yang ditinggalkan di akaun video tersebut. — Facebook
Tetapi biasalah bagi setiap inovasi, pasti ada kritikan yang boleh menjadikan sesuatu idea itu bertambah baik.
Cuma bila terima kritikan daripada warganet tempatan, mungkin kena sabarlah sikit dengan penggunaan ayat mereka yang kasar dan kononnya serba tahu.
Majoriti sedang cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada pemilik motosikal terbabit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram