PRN Sarawak pada 18 Disember, penamaan calon 6 Disember


  • Politik
  • Rabu, 24 Nov 2021

TEMPOH DUN Sarawak berakhir pada 6 Jun lalu.
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh pada Rabu turut mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan pada 6 Disember manakala pengundian awal pada 14 Disember.

Pengumuman itu dibuat beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung pilihan raya negeri itu di Kuching pada Rabu.

SPR tidak dapat mengadakan PRN Sarawak selepas tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir pada 6 Jun lalu berikutan perisytiharan darurat di seluruh negara ketika itu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 11 Januari sehingga 1 Ogos, bagi mengekang penularan Covid-19. — Bernama

Menyusul...

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram