Mas Emeryati ziarah kubur ayah sebelum buang undi


  • Politik
  • Sabtu, 20 Nov 2021

Mas Emiryati meluangkan masa menziarahi kubur bapanya sebelum hadir membuang undi

CALON Ketua Menteri Perikatan Nasional, Datuk Mas Ermieyati Samsudin meluangkan masa untuk menziarah kubur ayahnya sebelum turun mengundi.

Arwah ayahnya, Samsuddin Mat Ali meninggal dunia pada 14 Ogos lalu akibat sakit tua di usia 72 tahun.

Menurut Mas Emeryati, ayahnya yang banyak memberi semangat sejak kecil terutamanya bila dia terlibat dalam dunia politik.

"Arwah abah merupakan saya punya pembakar semangat sejak kecil. Di sekolah, dalam pembelajaran, dalam kehidupan dan dalam politik.

Mas Emiryati sempat menyantuni masyarakat yang hadir membuang undi - Facebook Mas Emiryati

"Dia merupakan saya punya ikon daripada kecil. Belajar rajin ingin masuk universiti macam dia. Dia pun pernah menceburkan diri dalam politik. Dia yang banyak mencorakkan kehidupan saya.

"Walaupun saya tak pernah nyatakan, dia antara yang banyak mempengaruhi saya. Sebab itu sebelum pergi saya melawat kuburnya,” katanya.

Terdahulu, Mas Emeryati hadir di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar kira-kira pukul 7.54 pagi untuk membuang undi.

Bersaing di DUN Tanjung Bidara, Mas Ermieyati akan ditentang oleh Ab Rauf Yusof (BN) dan Zainal Hassan (PH-PKR). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram