KERUSI Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Pas dan Bebas.
Calon bertanding adalah Adly Zahari (PH) Datuk Hasnoor Sdg Husin (BN), Mohammad Al Hafiz Yahya (PN) dan Abdul Hamid Mustapah (Bebas).
Kerusi DUN Bukit Katil yang sebelum ini merupakan DUN Bukit Baru diwujudkan sejak pilihan raya 2018.
Berikut merupakan profil mengenai calon di N17 DUN Bukit Katil:
NAMA : Hasnoor Sidang Husin
PARTI : Umno (BN)
UMUR : 63 tahun
ASAL : Masjid Tanah, Melaka
PENGALAMAN : Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya
NAMA: Adly Zahari
PARTI: Amanah (PH)
UMUR : 50 tahun
ASAL : Melaka
PENGALAMAN : Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Melaka, Ketua Menteri Melaka (2018), AJK Parti AMANAH Negara Nasional
NAMA : Muhammad Al-Afiz Yahya
PARTI : PAS (PN)
UMUR : 33 tahun
ASAL : Melaka
PENGALAMAN : Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (2021-2023), Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (2019-2021)
NAMA : Abdul Hamid Mustapah
PARTI : Calon Bebas
UMUR: 61 tahun
ASAL : Melaka
PENGALAMAN : Calon Dun Bukit Katil 2021
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram