Pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan berlaku di N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas.
DUN Telok Mas menyaksikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang akan bertanding melawan calon dari calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Setiausaha Amanah Melaka, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN) dan Muhammad Ariff Adly Mohammad (Bebas).
Berikut merupakan profil mengenai calon di DUN Telok Mas:
NAMA: Mohd Rafiq Naizamohideen
PARTI: Bersatu (PN)
UMUR: 35 tahun
ASAL :Ujong, Melaka
PENGALAMAN: Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Parti Perikatan Nasional Melaka (2021),Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (2020), Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (2016-2020), Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka untuk Paya Rumput (2018-2021)
NAMA: Ashraf Mukhlis Minghat
PARTI: Amanah (PH)
UMUR: 56 tahun
ASAL: Melaka
PENGALAMAN: Setiausaha Amanah Melaka
NAMA:Abdul Razak Abdul Rahman
PARTI:Barisan Nasional
UMUR:48 tahun
ASAL:Melaka
PENGALAMAN: Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka dan Pengerusi Japerun Bandar Hilir, Ketua Penerangan UMNO Negeri Melaka, Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Pengerusi Japerun Bandar Hilir Penyelaras DUN Teluk Mas.
NAMA: Muhammad Ariff Adly Mohammad
PARTI: Bebas
UMUR: 32 tahun
ASAL: Melaka
PENGALAMAN: Calon bebas Dun Telok Mas 2021
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram