Profil tiga calon DUN Tanjung Bidara


  • Politik
  • Sabtu, 20 Nov 2021

Calon-calon DUN N2 Tanjung Bidara (dari kiri) Zainal Hassan dari PH, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari PN dan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dari BN bergambar di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri Melaka di Bangunan JAPERUN Tanjung Bidara pada Isnin. - Foto Bernama Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/171128/Pilihan-Raya/PRN-Melaka/Bukan-pertandingan-siapa-popular © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
KERUSI Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menyaksikan pertembungan sengit tiga penjuru melibatkan calon Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Ini kerana tumpuan akan diberikan kepada calon PN, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin yang beralih angin daripada bertanding di Masjid Tanah dan akan dicabar calon BN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Tanjung Bidara diberikan kod kawasan N02 dan mula dipertandingkan pada 2004.

Kerusi Tanjung Bidara disandang oleh bekas ahli Dewan Undangan Negeri Umno, Md Rawi Mahmud yang mengekalkan kerusi itu selama dua penggal tetapi mengundur diri pada PRN kali ini atas faktor usia.

Md Rawi menang dengan jumlah 4,865 undi dengan majoriti 2,864 menewaskan Halim Bachik dan Imran Abdul Rahman masing-masing dari PH dan PAS pada PRU14.

Kerusi itu dilihat sebagai kubu kuat Umno dan akan menguji sejauh mana penerimaan rakyat terhadap Rauf yang juga ketua Umno Masjid Tanah dan bekas speaker DUN Melaka.

Berikut merupakan profil mengenai calon-calon di DUN Tanjung Bidara:

ar

NAMA : Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

PARTI : Umno (BN)

UMUR: 60 tahun

ASAL : Alor Gajah, Melaka

PENGALAMAN: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka (2018), Pengerusi Umno Melaka (2018-2020),

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka (2020 hingga kini).


mas

NAMA : Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin

PARTI : Bersatu (PN)

UMUR : 45 tahun

ASAL : Melaka

PENGALAMAN: Ahli Parlimen Masjid Tanah (2013), Ketua Puteri Umno (2013-2018), Naib Ketua Srikandi Bersatu (2020), Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Parlimen dan Undang-undang (2021).

ZAINAL

NAMA : Zainal Hassan

PARTI : PKR (PH)

UMUR : 59 Tahun

ASAL : Melaka

PENGALAMAN : Penyelaras Keadilan DUN Tanjung Bidara

PRN, Melaka, tanjung bidara