Pelajar serang guru di ruangan komen hanya kerana kerja sekolah


  • Tular
  • Jumaat, 19 Nov 2021

BEBERAPA golongan belia bertindak menyerang guru tersebut di ruangan komen.— Gambar hiasan/Agensi

BARU-BARU ini tular di laman Facebook mengenai seorang guru, Zulaikha Mohamad yang menerima komen kurang enak daripada golongan pelajar di TikTok.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, guru sekolah rendah itu pada mulanya memuat naik sebuah video untuk membalas komen pengguna TikTok yang mengatakan dia tidak menyiapkan kerja sekolah.

Bagaimanapun, ruangan komen Zulaikha diserang dengan pelbagai respons daripada golongan belia selepas memuat naik video berkenaan.

"Macam aku cerita semalam, ia bermula dengan komen budak yang tulis 'cikgu saya tak buat kerja sekolah' tu. Selepas itu ada yang komen dia bukan robot.

IMG_3180

TANGKAP layar posting yang dimuat naik oleh Zulaikha.—Facebook

"Sila rujuk video reply kedua, aku ada letak profil TikTok dia. Memang sengaja aku letak sebab aku nak tunjukkan perkaitan komen dan profil dia.

"Mereka acah-acah play victim, konon macam dialah yang terpaling terseksa selepas itu komen biadap seperti insan paling tua di dunia ini," tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Posting guru terbabit meraih hampir 300 tanda suka dan lebih 200 komen daripada warganet di laman Facebook.

"Sebagai seorang cikgu pun kena kaji apa karakter generasi zaman sekarang. Rasanya zaman kita dahulu pun tak ada cikgu yang cakap macam ni.

"Belajarlah juga jadi guru dengan menggunakan kata-kata yang baik. Komen-komen di sini pun semua menganggap generasi sekarang lemah, kena la faham yang zaman mak ayah mereka berbeza dengan kita dahulu," balas seorang warganet di Facebook, Shakirah Samsudin.

IMG_3179

Antara respons warganet Facebook mengenai isu tersebut.—Facebook

"Dulu cikgu bagi kerja rumah 100 soalan Matematik Tambahan sehari, tetapi hati nak tengok televisyen (TV). Maka usunglah buku depan TV.

"Janji siap, kalau tak dekat sekolah kena, di rumah pasti kena. Cikgu tu cuma nak tengok kau cuba jawab je, salah tak mengapa," ujar seorang pengguna Facebook, Fatin Liyana.

"Dahsyat, mohon ibu bapa pantau la anak-anak, jangan dibiarkan anak biadap. Makin dibiar silap-silap ibu bapa sendiri kena herdik nanti.

"Baru sekolah rendah haih...sakit hati baca, malas nak kata tetapi sikap anak biasanya dicontohi dari?," kata seorang lagi pengguna Facebook, Murniyati Muhamad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram