Tunggang kuda pesan McD pandu lalu di Cyberjaya


  • Tular
  • Isnin, 15 Nov 2021

ANTARA pelanggan yang membeli secara pandu lalu dengan menunggang kuda di McD Cyberjaya. — Twitter/Cyberjaya Info

TULAR di laman media sosial Twitter sejak Ahad apabila restoran makanan segera McDonald's Malaysia dikunjungi beberapa pelanggan menaiki kuda ketika membeli secara pandu lalu (drive thru).

Kejadian unik itu berlaku di McDonald's Edusphere Cyberjaya pada Ahad.

"Drive thru McD guna kuda sebab kereta dah terlalu mainstream," kata ciapan dari laman Twitter Cyberjaya Info.

Namun, ciapan tersebut menerima kecaman hebat daripada warganet di media sosial Twitter apabila ada yang mengatakan najis kuda tersebut hanya menyusahkan pelanggan lain.

Warganet juga memberi pendapat bahawa hanya golongan 'kayangan' yang dibenarkan berbaris menaiki kuda di McDonald tersebut.

Pada masa sama, kelihatan di gambar yang dikongsi itu menunjukkan pelanggan tersebut tidak memakai pelitup muka.

"Kalau kuda ni terbuang air besar di McD macam mana?" komen dari pengguna Twitter, Pedoq, what is this behaviour?

"Order dengan kuda layan pula, aku drive order dengan motor tak layan," kata seorang lagi pengguna Twitter, DD.

Ciapan Twitter tersebut menerima sebanyak 862 retweet dan 1770 likes.

Tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak restoran rangkaian segera berkenaan mahupun Pihak Berkuasa Tempatan berhubung perkara itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Cyberjaya, kayangan, Mcd, pelitup muka