Bengang palang tol tiba-tiba turun semula hempap bumbung kereta di lorong Smart TAG/RFID


  • Tular
  • Selasa, 09 Nov 2021

PALANG automatik itu tiba-tiba terjatuh dan telah merosakkan cat pada bahagian bumbung kereta mewah terbabit. — Facebook

LORONG Smart TAG dan sistem pengecaman frekuensi radio (RFID) sering menjadi pilihan utama para pemandu jika mahu membayar tol kerana prosesnya yang cepat dan memudahkan.

Namun lain yang terjadi bagi seorang pengguna Facebook, Maurice Lim apabila palang automatik Smart TAG yang dilaluinya itu tiba-tiba turun semula selepas membayar tol.

Kejadian yang berlaku di Plaza Tol Damansara itu berjaya dirakam sewaktu lelaki berkenaan yang dipercayai memandu kereta jenis Audi R8 dalam perjalanan menghala ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada Khamis (4 November).

Dia menggunakan laluan Smart TAG di plaza tol tersebut dan mahu meneruskan perjalanannya setelah selesai membuat pembayaran tol.

"Palang turun secara tiba-tiba di lorong Smart TAG/RFID di Plaza Tol Damansara menghala ke Lebuhraya Utara-Selatan.

"Ia telah merosakkan cat pada bahagian bumbung kereta saya," tulisnya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa (9 November).

Insiden itu turut dikongsikan ke dalam grup Dashcam Owners Malaysia dan mengundang pelbagai reaksi warganet di Facebook.

IMG_2669

TANGKAP layar beberapa komen pada hantaran yang dibuat oleh Maurice Lim. —Facebook.

"Audi kot bro, buat laporan dan claim kerosakan dengan PLUS. Jika tiada pampasan, saman PLUS," kata seorang pengguna Facebook, Vr Mission.

"Bayar tol pun kena hentam dengan palang. Orang cucuk rapat tak bayar tol senang-senang je terlepas," ujar seorang pengguna Facebook, Ariffin Janal.

"Kalau Myvi yang kena ni confirm terbalik palang tu dengan tol-tol terbang," kata seorang lagi pengguna Facebook, Wan Yee.

Majoriti sedang cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada PLUS berhubung insiden itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram