APLIKASI MySejahtera pada Ahad memohon maaf atas kesilapan teknikal membabitkan pemberian status Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan Individu dalam pemantauan (PUS) kepada beberapa individu.
Menerusi laman Twitternya, MySejahtera menjelaskan masalah berkenaan sudah diperbaiki dan kesemua status HSO telah dipadam serta status PUS pula ditarik semula.
Good morning everyone - we apologise for the error on our part which allowed random users' to be given HSOs/PUS status. We have fixed the root cause which allowed this to happen. All incorrect HSOs have been deleted, and incorrect PUS status reverted.
— MySejahtera (@my_sejahtera) November 7, 2021
Ia selepas beberapa individu mendakwa status mereka di MySejahtera bertukar kepada HSO dan PUS sejak awal pagi Ahad.
Ada juga dalam kalangan mereka mendakwa status MySejahtera mereka kembali kepada asal selepas mendapatkan bantuan di ruangan helpdesk dalam aplikasi itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram