Ubah stigma terhadap bunuh diri


  • Primer
  • Sabtu, 11 Sep 2021

TIDAK mengiktiraf bunuh diri sebagai kesalahan jenayah membolehkan lebih ramai tampil ke depan untuk dapatkan rawatan awal. — Gambar hiasan/Majoriti

TIDAK mengiktiraf bunuh diri sebagai kesalahan jenayah membolehkan lebih ramai tampil ke depan untuk dapatkan rawatan awal, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Bersempena Hari Pencegahan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia, Dr Noor Hisham menyatakan Kementerian Kesihatan perubahan perlu dibuat untuk pastikan masalah berkenaan dapat dicegah.

“Kementerian Kesihatan menyokong usaha untuk mengubah atau pun memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang menganggap percubaan bunuh diri sebagai satu jenayah.

“Ini akan mendorong mereka yang terkesan tampil kedepan dan mendapatkan bantuan secepat mungkin,” katanya menerusi kenyataan.

Mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan, sesiapa saja yang cuba membunuh diri dan apa-apa tindakan perlanggaran berkaitan boleh dihukum penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kematian akibat bunuh diri di Malaysia meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ekoran pandemik Covid-19 yang mempengaruhi kesihatan mental seseorang.

“Statistik polis menunjukkan bahawa kematian akibat bunuh diri meningkat daripada 609 pada 2019 menjadi 631 pada 2020.

“Tetapi setakat Julai 2021, sudah ada 638 kematian bunuh diri yang dilaporkan, berbanding hanya 262 kes dalam tempoh sama pada 2020.

“Ia satu peningkatan 143 peratus atau 1.4 kali lebih banyak,” katanya.

Dr Noor Hisham juga berkata adalah menjadi peranan kolektif masyarakat untuk mengenalpasti simptom kemurungan dan tingkah laku bunuh diri dalam kalangan orang tersayang, terutamanya ketika situasi pandemik.

Dalam masa sama, Dr Noor Hisham juga menggesa masyarakat untuk belajar buang stigma berkaitan tingkah laku bunuh diri.

“Jika kemurungan tidak dikenalpasti dan dirawat dengan sempurna, ia akan mendorong kepada bunuh diri,” katanya.

Mereka yang mengalami masalah boleh menghubungi Perkhidmatan Sokongan Psikososial Kesihatan Mental di talian 03-2935 9935 or 014-322 3392, Talian Kasih, 15999 or 019-261 5999, Pusat Penjagaan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di talian 0111-959 8214, Befrienders Kuala Lumpur (03-7627 2929) atau pun ke befrienders.org.my/centre-in-malaysia untuk mendapatkan senarai penuh nombor untuk dihubungi di seluruh negara atau email ke [email protected]. - The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Jenayah, Noor Hisham, bunuh diri