Kebanjiran pendatang asing, Mexico rangka strategi baharu


  • Benua
  • Jumaat, 10 Sep 2021

LOPEZ Obrador merangka strategi baharu bagi mengatasi lambakan pendatang tanpa dokumen di Mexico. — Agensi

MEXICO mencari strategi yang lebih mengutamakan 'pembangunan dan peluang' di wilayah yang menjadi sumber migrasi besar-besaran pendatang tanpa dokumen di negara terbabit.

Presiden Mexico, Andres Manual Lopez Obrador pada Khamis berkata, satu strategi baharu perlu diwujudkan untuk menangani kebanjiran pendatang tanpa dokumen, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Mexico, perkara itu disuarakan menerusi sepucuk surat yang dikirim kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden.

Surat itu disampaikan Menteri Luar Mexico, Marcelo Ebrard mengadakan mesyuarat dua hala dengan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken di Rumah Putih, sebelum bermulanya dialog ekonomi AS-Mexico yang telah tertunda selama lima tahun.

Lopez Obrador berkata, "perlunya pendekatan baharu terhadap fenomena migrasi Amerika Tengah" dan "menyokong pendekatan yang mengutamakan pembangunan dan peluang" di wilayah yang menjadi sumber migrasi besar-besaran itu.

Pada mesyuarat tersebut kedua-dua pihak "mengulangi kesediaan mereka untuk memperkukuh kerjasama dalam isu-isu utama membabitkan hubungan dua hala."

Menurut delegasi Mexico, pentingnya pembukaan semula sempadan AS-Mexico untuk memberi manfaat kepada aktiviti perdagangan, sambil melindungi kesihatan penduduk di kedua-dua negara di tengah pandemik Covid-19. Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram