[VIDEO] Melantak dumpling bersalut mayonis, influencer Rusia maut angkara cabaran makan 10,000 kalori sehari


  • Benua
  • Selasa, 02 Dis 2025

Dmitry Nuyanzin, meninggal dunia selepas mencabar dirinya memakan sehingga 10,000 kalori sehari dalam satu eksperimen pertambahan berat badan yang ekstrem.

SEORANG pempengaruh kecergasan Rusia, Dmitry Nuyanzin, meninggal dunia selepas mencabar dirinya memakan sehingga 10,000 kalori sehari dalam satu eksperimen pertambahan berat badan yang ekstrem.

Dmitry, yang mempunyai lebih 43,000 pengikut di Instagram, berhasrat menunjukkan keberkesanan programnya dengan menawarkan RM400 kepada sesiapa yang berjaya menurunkan 10 peratus berat badan daripada mereka sebelum Hari Tahun Baharu.

Difahamkan, Dmitry merancang untuk menaikkan sekurang-kurangnya 25 kilogram melalui pemakanan berlebihan sebelum menurunkannya semula di depan pengikutnya.

Malangnya, rancangan itu tidak sempat disempurnakan selepas tidak sampai sebulan mengamalkan diet pemakanan tersebut apabila dia disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

BACA LAGI: 'Tiada siapa dikecualikan', PTD Pejabat Timbalan Menteri KPT ditahan di spa songsang diarah letak jawatan serta-merta

BACA LAGI: Jangan hanya teruja lihat harga murah, 5 tip elak terbeli kereta terpakai rosak banjir

Sepanjang cabaran itu, Dmitry berkongsi perjalanan pemakanan tinggi lemaknya di Instagram, termasuk sarapan pastri dan separuh kek, makan tengah hari dumpling bersalut mayonis hampir 800 gram, snek keropok sepanjang hari, dan makan malam burger bersama dua piza kecil, sama ada di kafe atau dihantar ke rumah.

 

 

 

Pada kemas kini terakhir laman Instagramnya pada 18 November, Dmitry dilihat memegang beg keropok sambil menepuk perutnya.

"Saya mahukannya, dan saya mendapatkannya," katanya dan memaklumkan dia mencapai berat 105 kg, meningkat 13 kg dalam sebulan.

Namun, sehari sebelum kematiannya, Dmitry membatalkan sesi latihan dan memberitahu rakan-rakannya bahawa dia tidak sihat serta merancang berjumpa doktor.

Dmitry kemudiannya ditemui meninggal dunia dalam tidur akibat serangan jantung.

Susulan daripada kejadian itu, pakar pemakanan klinikal di SPARSH Hospital di India, Vani Krishna menegaskan eksperimen tersebut sangat berbahaya dan boleh meragut nyawa.

"Tahap gula dan kolesterol meningkat secara mendadak, tekanan darah naik, memaksa jantung bekerja lebih keras," katanya.

Seorang lagi pakar kesihatan, Preety Tyagi pula menjelaskan pengambilan kalori tinggi dari makanan segera boleh menyebabkan masalah gangguan degupan jantung, toksik natrium, dan radang pankreas secara tiba-tiba.

Pengikut Dmitry memuji dia sebagai individu positif dan ceria. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram