'Tiada siapa dikecualikan', PTD Pejabat Timbalan Menteri KPT ditahan di spa songsang diarah letak jawatan serta-merta


  • Massa
  • Selasa, 02 Dis 2025

Mustapha Sakmud memaklumkan Unit Integriti kementerian memulakan siasatan dalaman selepas beliau dimaklumkan pegawai berkenaan ditahan pihak polis.

SEORANG Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang ditahan dalam serbuan di pusat sauna yang disyaki menjadi lokasi lelaki songsang diarahkan meletakkan jawatan serta-merta.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud melalui hantaran Facebook pada Isnin memaklumkan Unit Integriti kementerian memulakan siasatan dalaman selepas beliau dimaklumkan pegawai berkenaan ditahan pihak polis.

"Tiada sesiapa yang kebal daripada undang-undang atau tadbir urus. 

BACA LAGI : Pegawai KPM terlibat aktiviti songsang sudah dikeluarkan dari mana-mana institusi sehingga siasatan selesai

BACA LAGI : [VIDEO] Serbuan spa songsang, 171 lelaki dibebas lepas mahkamah tolak permohonan reman

"Sebarang tindakan lanjut akan diambil berdasarkan hasil siasatan Unit Integriti kementerian dengan kerjasama pihak berkuasa," tegasnya. 

Beliau turut menasihati semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan integriti siasatan.

"Sebagai Timbalan Menteri, saya menghormati proses siasatan yang sedang berjalan dan menggesa semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan integriti penyiasatan.

"Di KPT, tiada sesiapa dikecualikan daripada proses undang-undang dan tatakelola dan sebarang tindakan lanjut akan diputuskan berdasarkan hasil siasatan Unit Integriti serta kerjasama dengan pihak berkuasa. 

Pada Sabtu lalu, media melaporkan seramai 201 lelaki yang juga pengunjung pusat sauna di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti hubungan songsang.

Kesemua mereka berusia antara 19 hingga 60 dan daripada 201 yang ditahan, 17 daripada mereka adalah penjawat awam membabitkan doktor bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, guru serta pegawai agensi penguatkuasaan. 

Daripada jumlah itu, seramai 171 lelaki tempatan dibebaskan selepas permohonan tahanan reman ditolak oleh majistret pada Ahad.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram