KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan pegawai-pegawainya yang terlibat dalam aktiviti songsang tidak lagi berada di mana-mana institusi pendidikannya hingga proses siasatan selesai.
KPM dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, siasatan dalaman sedang dijalankan.
"Pegawai terlibat telah dipastikan tidak berada di mana-mana institusi pendidikan bawah kementerian sehingga siasatan selesai.
BACA LAGI : [VIDEO] Serbuan spa songsang, 171 lelaki dibebas lepas mahkamah tolak permohonan reman
BACA LAGI : [VIDEO] 'Kerajaan kami seolah-olah tutup mata', bantuan banjir Malaysia tiba lebih awal berbanding Jakarta
"Semua ketua jabatan turut diingatkan meningkatkan pemantauan bagi memastikan kegiatan tidak bermoral dapat dibanteras secara menyeluruh," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, media melaporkan seramai 17 penjawat awam antara 201 individu ditahan dalam serbuan di sebuah pusat spa dan kesihatan yang disuaki menjadi lelaki songsang berkumpul dan melakukan aktiviti tidak bermoral.
Mereka yang ditahan berumur antara 19 dan 60 tahun. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
