Siapa puak Druze dan kenapa Israel serang Syria?


  • Benua
  • Khamis, 17 Jul 2025

Israel mengebom bangunan Kementerian Pertahanan Syria pada Rabu.

ISRAEL melancarkan serangan udara secara besar-besaran ke atas kedudukan penting kerajaan Syria pada Rabu hanya beberapa jam selepas Damsyik mencapai persetujuan gencatan senjata dengan kumpulan pro-Zionis di negara itu.

Rejim Zionis memberi alasan serangan itu dilakukan bagi melindungi kepentingan kumpulan minoriti di Syria.

Antara sasaran yang dibom tentera udara Israel termasuk bangunan Kementerian Pertahanan dan kawasan berdekatan kediaman presiden di Damsyik dan serangan itu dilakukan ketika waktu puncak yang mana rakyat Syria menjalani rutin harian seperti biasa.

BACA BACA LAGI: [VIDEO] Masalah komunikasi antara 2 juruterbang punca awal pesawat terhempas korbankan 260 nyawa

BACA LAGI: [VIDEO] Pesawat Air India ke London bersama lebih 240 penumpang terhempas sejurus berlepas di Ahmedabad

Syria mengutuk serangan itu dengan memberi amaran bahawa konflik itu akan menyebabkan ketidakstabilan di negara tersebut selain menggugat usaha untuk menyatukan kumpulan minoriti.

Seramai tiga orang disahkan terbunuh dan 34 lagi cedera akibat serangan Israel itu.

Tentera Israel juga mengebom di selatan Syria yang menjadi lokasi pertempran antara kumpulan Druze, puak Badwin dan pihak keselamatan Syria yang sudah berlanjutan sejak Ahad lalu.

Pertempuran kumpulan minoriti dan tentera kerajaan itu menyaksikan lebih 250 orang maut.

Bagaimanapun kerajaan Syria dan puak Druze mencapai persetujuan gencatan senjata beberapa jam sebelum serangan Israel dilancarkan.

Israel yang menjajah Golan Heights mengakui serangan itu bagi melindungi puak Druze yang dianggap sebagai sekutu.

Puak Druze merupakan golongan minoriti Arab yang tinggal di Syria, Lebanon, Israel dan Golan Heights.

Kira-kira satu juta puak itu tinggal di Syria atau tiga peratus daripada populasi penduduk negara tersebut.

Komuniti Druze di Israel dianggap setia kepada rejim Zionis dan ada yang berkhidmat dalam tentera.

Dianggarkan 152,000 puak Druze tinggal di Israel dan Golan Heights, menurut Biro Statistik rejim.

Sepanjang tempoh perang saudara di Syria, puak Druze mengambil pendirian untuk berjuang dan bergerak sendiri di selatan negara itu.

Sejak kejatuhan Presiden Bashar al-Assad pada Disember lalu, puak Druze menolak usaha kerajaan untuk mengawal selatan negara itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram