
SEORANG pemain kriket meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan pukulan enam mata dalam satu perlawanan kriket yang berlangsung di Firozpur dekat Punjab, India.
Mangsa dikenali sebagai Harjeet Singh, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas rebah secara tiba-tiba di tengah padang pada Ahad.
Dalam kejadian yang menggemparkan itu, satu rakaman video menyayat hati mula tular di media sosial pada hari yang sama.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis kesan wanita cantik didakwa curi telefon di Cheras
Rakaman tersebut menunjukkan saat Harjeet bersedia menerima bola sebelum memukulnya jauh ke luar padang untuk memperoleh enam mata.
Harjeet Singh collapsed in the pitch after hitting a six while playing Cricket at Guru Harsahai in #Punjab, despite given CPR by fellow players, he could not be saved and died of cardiac arrest, he had scored 49 runs when he collapsed pic.twitter.com/XwWDemkILK
— Neel Kamal (@NeelkamalTOI) June 29, 2025
Namun, sejurus selepas pukulan tersebut, Harjeet dilihat berjalan ke tengah padang, melutut dan kemudian rebah ke tanah dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Melihat kejadian itu, pemain-pemain lain segera meluru ke arahnya dan cuba memberikan bantuan kecemasan (CPR), namun dia gagal diselamatkan.
Kejadian dipercayai berlaku di padang Sekolah DAV, Firozpur, dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung secara mengejut.
Insiden itu mengingatkan kembali kejadian serupa yang berlaku pada Jun 2024 di Mumbai apabila seorang lelaki berusia 42 tahun, Ram Ganesh Tewar, juga rebah selepas melakukan pukulan enam mata dalam satu perlawanan kriket anjuran sebuah syarikat di kawasan ladang di Kashmira.
Tewar dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba.
Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, semakin banyak laporan mengenai kematian akibat serangan jantung yang berlaku secara tiba-tiba ketika aktiviti fizikal, termasuk dalam kalangan individu muda yang masih berada dalam usia 20-an.
Perkembangan tersebut menimbulkan kebimbangan dan mencetuskan kesedaran awam mengenai pentingnya pemantauan kesihatan secara berkala.
Orang ramai disarankan menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dari semasa ke semasa serta mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor bertauliah bagi memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik, terutamanya sebelum melakukan sebarang aktiviti sukan atau fizikal yang berat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram