
POLIS di Indonesia tampil dengan cara unik bagi memberi hukuman kepada kumpulan remaja bermasalah yang terlibat dalam satu insiden pergaduhan di Jakarta Utara apabila meminta kumpulan terbabit memohon maaf dengan mencium kaki ibu bapa masing-masing sebagai syarat pembebasan.
Terdahulu, seramai 19 remaja ditahan selepas terlibat dalam pergaduhan di Kawasan Penjaringan di ibu kota negara tersebut pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Penjaringan Metro Agus Ady berkata, kesemua pelaku telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas ditahan polis.
Bagaimanapun, sebelum pulang, remaja berkenaan dikehendaki memohon maaf dan mencium kaki ibu bapa mereka sebelum dilepaskan.
“Mereka mesti meminta maaf dengan mencium kaki ibu bapa mereka dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan mereka,” sambungnya.
Langkah itu diambil sebagai satu bentuk panduan dan amaran keras agar pelaku tidak lagi melakukan tindakan serupa.
Salah seorang ibu bapa remaja terbabti yang hanya dikenali sebagai Hasan turut memohon maaf kepada polis dan masyarakat atas penglibatan anaknya dalam pergaduhan yang erlaku.
“Semoga ini menjadi pengajaran berharga buat kita,” kata Hasan.
Dia turut mengaku amat kesal dengan tindakan anaknya itu dan akan cuba membimbing anaknya agar tidak mengulangi kesilapan sama. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram