[VIDEO] Nekad berhenti kerja, puluhan petani pilih buat 'live streaming' TikTok, pendapatan lebih 'masyuk'


  • Benua
  • Selasa, 08 Apr 2025

Puluhan lelaki dan wanita dari Kampung Cikembar, Jawa Barat, Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia mengambil keputusan meninggalkan pekerjaan sebagai petani demi mengejar peluang baharu di TikTok.

PULUHAN lelaki dan wanita dari Kampung Cikembar, Jawa Barat, Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia mencuri perhatian ramai apabila mereka mengambil keputusan drastik meninggalkan pekerjaan sebagai petani demi mengejar peluang baharu sebagai penyiar langsung di platform TikTok.

Kejadian itu menjadi tular selepas video yang memaparkan penduduk menari tarian Wadidaw sambil melakukan live streaming TikTok dimuat naik oleh akaun @Aalay85 dan @fakta.indo.

Suasana dalam rakaman berkenaan menunjukkan kawasan kampung menjadi seolah-olah pasar malam, dipenuhi dengan bunyi riuh-rendah dan gelak ketawa, sambil warga kampung terbabit menari serta berinteraksi dengan penonton dalam talian.

BACA LAGI: Muntah susu normal atau petanda masalah lain? Ketahui cara atasinya, perut bayi selesa, ibu gembira

BACA LAGI: Elak ayat 'ibu tidur lama' pada anak, pakar ulas cara atasi kesedihan pemergian orang tersayang

Difahamkan, mereka melakukan penstriman langsung sebagai usaha mendapatkan pendapatan melalui sumbangan wang daripada pengguna TikTok.

Kebanyakan daripada mereka dahulunya merupakan petani, namun memilih untuk beralih kepada platform digital demi mencari rezeki cara baharu.

Tindakan itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dengan ada berasa simpati tetapi ada juga yang mengkritik.

“Sangat menyedihkan. Mereka bukan cari populariti, tetapi mahu terus hidup. Kita patut lebih prihatin," tulis Ariefsatria.

“Kalau boleh, Indonesia patut ikut Kanada, sekat aplikasi seperti TikTok," tulis Mauzanaf.

“Apa sebenarnya yang menarik dengan menonton siaran seperti ini?," tulis Didieth_ramone.

“Mengemis secara dalam talian. Sangat membimbangkan," tulis Anggaraputra_94. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram