[VIDEO] Jarang berlaku, sampai nak tercabut tayar terlanggar buaya melintas 'highway' di Brunei


  • Benua
  • Rabu, 25 Dis 2024

Kenderaan yang melanggar buaya mengalami kerosakan teruk khususnya di bahagian tayar.

KISAH buaya menyerang manusia sering kali didengari sehingga melahirkan kebimbangan dan untuk itu, orang ramai meminta pihak berwajib mengambil tindakan segera dek kerana insiden meragut nyawa membabitkan reptilia tersebut sering menjadi sorotan.

Namun, lain pula jadinya kisah di Brunei apabila buaya yang dikenali sebagai haiwan pemangsa mati dilanggar dilanggar kenderaan ketika cuba untuk menyeberangi sebuah lebuh raya.

Menurut Faceobook Brunei FM, kejadian berkenaan berlaku berdekatan Jambatan Penanjong di Lebuhraya Penanjong – Tutong pada Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] Penganjur tarian mencolok mata di Tanah Merah mohon maaf, dikompaun RM10,000 — Exco Kelantan

BACA LAGI: Rugi cecah RM700,000, rakyat Malaysia ancam boikot konsert Jakarta, serik diperas ugut polis korupsi Indonesia

Laman Facebook berkenaan juga memaklumkan bahawa kereta jenis BYD Sealion 6 Hybrid yang melanggar reptilia tersebut juga mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan.

Rata-rata pengguna Facebook terbabit terkejut dengan kejadian berkenaan susulan jarang haiwan pemangsa tersebut menjadi mangsa. Selain itu warga maya turut bersimpati dengan nasib malang buaya dan pemilik kenderaan.

"Macam mana manusia yang pandu kereta boleh langgar buaya. Mesti laju kan, tak dapat kawal kan manusia boleh nampak jika pandu. Kasihan buaya nak lalu jalan," kata warganet, Billie Day.

"Sampai begitu tayar keretanya sangat keras kulit buaya ini," tambah seorang warga maya, Mohamad Azam. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram