SEORANG lelaki meninggal dunia manakala tiga lagi individu tercedera akibat terkena renjatan elektrik sewaktu menari di atas bumbung sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Mhow-Simrol, India.
Rakaman kejadian yang berlaku sekitar 8 Ogos 2022 itu kembali tular selepas ia dimuat naik di media sosial pada Khamis.
Ketua Balai Polis Simrol, RS Bhadoriya berkata, pada awalnya, lelaki itu menari sakan dengan mengikuti irama bhajan (lagu spiritual) di atas dua kenderaan yang dilengkapi sistem bunyi.
BACA LAGI: [VIDEO] Dakwa warga JB bekerja di Singapura juga terjejas, rupanya banjir kilat minggu lepas
Sewaktu kejadian, keempat-empat lelaki tersebut tidak menyedari terdapat kabel elektrik berada di atas mereka.
Salah seorang mangsa, Raunak disahkan maut di tempat kejadian selepas tersentuh kabel elektrik ketika bertindak mengangkat tangan sebagai gerakan menari.
Tiga lagi individu mengalami kecederaan, dengan seorang daripada mereka berada dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke hospital.
Susulan kejadian, Ketua Polis Indore Rural, BS Birde berkata, pengendali DJ itu dikenakan tindakan undang-undang atas sebab kecuaian iaitu seharusnya tidak membenarkan mereka menaiki bumbung kenderaan berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram