[VIDEO] Dakwa warga JB bekerja di Singapura juga terjejas, rupanya banjir kilat minggu lepas


  • Benua
  • Khamis, 28 Nov 2024

Banjir kilat yang tular di media sosial pada Khamis adalah kejadian pada Ahad lepas.

RAMAI individu berasa cemas selepas melihat keadaan banjir kilat yang dikatakan berlaku di Singapura pada Khamis

Difahamkan, rakaman video yang beredar di media sosial sejak dimuat naik pada Khamis itu adalah kejadian yang berlaku di Ophir Road berdekatan Bugis pada Ahad lepas.

Menurut laporan media Singapura, kejadian banjir tersebut berpunca daripada hujan lebat yang melanda daerah barat laut negara tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Untung orang Bagan Datuk, Shanjai beri tuisyen percuma hasil pengalaman tutor prasekolah di Poland

BACA LAGI: [VIDEO] 'Group assignment pun sama', ibu sanggup teman anak demi sama-sama genggam segulung ijazah

Ia dikatakan mencatatkan jumlah hujan harian tertinggi dalam tempoh 46 tahun, yang menjadi punca kepada banjir kilat berkenaan.

Pihak berkuasa Singapura telah mengeluarkan amaran awal mengenai kemungkinan berlaku banjir kilat di beberapa lokasi sekitar negara tersebut, dan memberi peringatan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan kebimbangan mengenai kesan banjir kilat ini terhadap warga Johor Bahru, yang ramai di antaranya bekerja di Singapura.

"Alahai sudahlah ramai yang bergerak dari Johor untuk kerja di Singapura," kata Araauni.

"Agak teruk banjir ni. Harap tiada yang terkandas," kata Dani Zainal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram