[VIDEO] Letusan Gunung Berapi Lewotobi Laki-Laki: Asap debu cecah setinggi 9 km, hampir 100 rakyat Malaysia dipindahkan


  • Benua
  • Rabu, 13 Nov 2024

Gunung Berapi Lewotobi Laki-Laki meletus sehingga sebanyak 26 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok dibatalkan sejak pagi Rabu.

KEDUTAAN Besar Malaysia di Indonesia sedang memindahkan seramai 83 rakyat Malaysia susulan letusan Gunung Berapi Lewotobi Laki-Laki.

Letusan gunung berapi yang terletak di wilayah Nusa Tenggara Timur, kira-kira 500km di timur Bali telah menghasilkan asap debu setinggi 9 kilometer (km).

Gunung Lewotobi Laki-Laki meletus sekurang-kurangnya tiga kali pada 9 November sehingga menyebabkan pihak berkuasa memperluas kawasan larangan.

BACA LAGI: Dari Kuala Lumpur ke panggung dunia, soroti kisah kejayaan Bernard Chandran bergelar 'Raja Fesyen Malaysia'

BACA LAGI: Atasi 32 peserta lain, wanita Melaka usia 41 tahun dinobat pelatih terbaik kursus bomba paling sukar

Letusan awal pada 3 November telah meragut sembilan nyawa dan memaksa lebih daripada 15,000 penduduk kampung untuk dipindahkan apabila lebih banyak letusan keluar.

Sebanyak 26 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok (BIL), Nusa Tenggara Barat (NTB) terpaksa dibatalkan sejak pagi Rabu.

“Sehubungan dengan keadaan semasa taburan abu vulkanik Gunung Lewotobi Laki di NTT, kami dimaklumkan bahawa status penerbangan pada hari Rabudibatalkan,” kata pegawai Perhubungan Awam BIL, Arif Hariyanto.

Difahamkan, syarikat penerbangan di Singapura dan Australia juga bertindak membatalkan penerbangan ke Bali kerana letusan itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram