[VIDEO] Penjenayah bersenjata Colombia menyamar polis, lebih 2 juta barang kemas ‘lesap’


  • Benua
  • Rabu, 24 Jul 2024

Tangkap layar kejadian rompakan di pusat beli-belah San Jose Plaza, Bucaramanga, Colombia pada Selasa pagi. 

ROMPAKAN bersenjata telah berlaku membabitkan sebuah kedai barang kemas yang terletak di pusat beli-belah San Jose Plaza, Bucaramanga, Colombia pada Selasa pagi.

Difahamkan, seramai enam penjenayah memasuki kedai berkenaan, manakala tiga lagi individu lain menunggu di ruangan motosikal bagi memudahkan proses melarikan diri.

Pintar mengatur strategi, penjenayah-penjenayah itu menyamar sebagai polis dengan memakai pakaian lengkap berseragam selain ada di antara mereka yang menyamar sebagai pekerja syarikat penghantar barangan.

BACA LAGI: Jumpa rambut dalam makanan? Menggelikan tapi doktor beri alasan selamat dimakan

BACA LAGI: 'So many medical error', doktor kritik drama tempatan gara-gara ultrasound lipas dalam perut

Pada awalnya, dua penjenayah memasuki kedai dengan mengeluarkan senjata mereka dan bergelut dengan pengawal keselamat sehingga mangsa tertiarap di atas lantai.

Apabila persekitaran selamat, empat lagi penjenayah memasuki premis berkenaan untuk membantu rakan subahat mereka.

Dalam masa dua minit, mereka bertindak mengosongkan rak barang kemas dan terus melarikan diri dengan tiga motosikal.

Difahamkan, sebanyak $500,000,000 (RM 2.28 juta) berjaya diambil oleh perompak terbabit.

Dalam pada itu, pihak polis menetapkan ganjaran sebanyak $30.00 (RM 136.50) kepada individu yang berjaya memberi maklumat tentang lokasi penjenayah.

Datuk Bandar, Bucaramanga Jaime Andrés Beltrán pula mengesahkan bahawa mereka sudah mengenal pasti sebahagian daripada penjenayah berkenaan.

"Kami sudah mengenal pasti sebahagian daripada mereka, kami tahu siapa mereka kerana mereka menjelajah ke kawasan ini," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram