[VIDEO] Secret Service sudah tahu ancaman 10 minit sebelum Donald Trump ditembak


  • Benua
  • Khamis, 18 Jul 2024

Tangkap layar video memaparkan insiden tembakan yang berlaku ketika satu perhimpunan berlangsung di Pennsylvania, AS pada 14 Julai lalu. — Agensi

PASUKAN Perkhidmatan Rahsia (Secret Service) didakwa sudah menyedari ancaman bahaya yang berlaku pada bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada 14 Julai lalu.

Menerusi hantaran dikongsikan di X @CollinRugg pada Khamis, ejen tersebut mengambil maklum perkara itu 10 minit sebelum Trump dibiarkan naik ke atas pentas di Pennsylvania, AS.

Menurutnya, pendedahan itu dilakukan ketika menghadiri taklimat Senat pada Khamis.

BACA LAGI: Proses pengecaman forensik dijangka ambil masa, polis selesai ambil sampel DNA keluarga Nur Farah Kartini

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu dipercayai baru balik dialisis nyaris maut terperosok bawah treler keluar simpang di Ulu Tiram

Dalam taklimat tersebut, Senator Marsha Blackburn terkejut apabila mengetahui perkhidmatan rahsia tersebut tetap membiarkan Trump berada di kawasan bahaya itu.

"Saya tidak yakin dengan kepimpinan Pengarah Secret Service, Kimberly Cheatle dan percaya ia adalah demi kepentingan terbaik negara kita jika dia meletakkan jawatannya," katanya.

Terdahulu, rakyat AS digemparkan dengan kejadian tembak sehingga mencederakan Donald Trump ketika beliau sedang berkempen di Pennsylvania.

Dalam insiden itu, Trump dilaporkan cedera pada telinga kanannya sebelum dibawa keluar dari kawasan perhimpunan tersebut.

Berdasarkan laporan agensi, seorang lagi pengunjung turut terbunuh dalam kejadian sama.

Manakala, suspek berjaya dikenal pasti dan dibunuh oleh Secret Service.

Kes tersebut turut sedang disiasat oleh pihak berkuasa AS. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram