SEBUAH jet pejuang M-346 Tentera Utara Poland dilaporkan terhempas sebelum terbakar ketika membuat latihan sempena pertunjukan udara pada Jumaat.
Juruterbangnya, Robert Jel atau dikenali sebagai 'Killer' maut di tempat kejadian.
Inspektor Tentera Udara Poland, Jeneral Ireneusz Nowak menyifatkan Robert merupakan salah seorang juruterbang yang paling berpengalaman di Poland.
"Robert bukan sahaja seorang juruterbang yang hebat, tetapi juga seseorang yang hebat.
"Kami semua sebagai juruterbang, sebagai tentera, sedang berkabung hari ini. Kami telah kehilangan seorang lelaki yang hebat, seorang pengajar yang hebat," kata Nowak.
Susulan nahas itu, semua acara berkaitan dengan pertunjukan udara yang dijadualkan pada Sabtu dibatalkan serta-merta.
Menerusi rakaman yang tular di media sosial X itu memaparkan sebuah jet pejuang dilihat menjunam ke arah bumi dan berputar beberapa kali sebelum terhempas dan rentung terbakar.
Jel meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan yang dilaporkan kini berada di bawah jagaan seorang ahli psikologi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram