Hilang jawatan sebagai PM Britain, Ryanair tawar 'seat' atas awan buat Sunak


  • Benua
  • Sabtu, 06 Jul 2024

Rishi Sunak, mengakui berdepan kekalahan dalam pilihan raya umum UK dan menyatakan bahawa Parti Buruh menang pada Jumaat. — Agensi

PEMIMPIN Parti Konservatif, Rishi Sunak mengakui kekalahannya selepas Parti Konservatif tewas kepada Parti Buruh pimpinan Keir Starmer dalam Pilihan Raya Umum United Kingdom (UK).

Kekalahan Sunak itu menyaksikan Starmer bakal memasuki 10th Downing Street (kediaman rasmi) sebagai Perdana Menteri selepas kali terakhir Parti Buruh menguasai Parlimen kira-kira 14 tahun lalu.

Pada masa sama, kekalahan Sunak juga menyaksikan syarikat penerbangan terbesar Eropah, Ryanair membuat satu ciapan berunsur usikan di laman X terhadap pemimpin tersebut.

BACA LAGI: VIDEO] Padah bermulut puaka, enggan bayar hutang lelaki maut dibakar rakan di Kemboja

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita Pontianak hilang nyawa jatuh treadmill, terpelanting dari tingkat 3 gimnasium

"Jangan risau, @RishiSunak, pihak kami ada 'seat' (tempat) untuk anda," tulis pentadbir laman X berkenaan.

Ciapan itu dibuat selepas Parti Konservatif ketinggalan teruk dari awal sejak pengiraan undi bermula.

Sementara itu, Starmer memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya umum UK yang menyaksikan pemimpin parti itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu pada Sabtu selepas Raja Charles III secara rasmi menjemput mereka untuk membentuk kerajaan.

Memetik laporan media antarabangsa, kemenangan Parti Buruh Keir pimpinan Keir Starmer sudah dijangka seperti yang diramalkan.

Starmer melantik Kabinetnya memberikan ucapan pertamanya sebagai Perdana Menteri dengan berkata, perubahan akan bermula serta-merta.

Dalam anggota Kabinet itu, Rachel Reeves dilantik menjadi Canselor wanita pertama Britain.

Timbalan Perdana Menteri, Angela Rayner juga antara 11 wanita dalam Kabinet tersebut manakala, David Lammy dilantik menjadi Setiausaha Luar.

Yvette Cooper yang merupakan salah seorang daripada tiga ahli Kabinet Buruh terakhir di bawah pimpinan Gordon Brown sebagai perdana menteri sebelum ini, menjadi Setiausaha Dalam Negeri.

Rayner yang menjadi timbalan kepada Starmer turut akan mengetuai Jabatan Peningkatan Tahap, Perumahan dan Komuniti. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram