Skandal 1MDB: Dokumen FBI sahkan DiCaprio, Kim Kardashian disoal siasat ada hubungan dengan Jho Low


  • Primer
  • Jumaat, 03 Mac 2023

DiCaprio (kiri) dan Kim disoal siasat pihak berkuasa AS berhubung penyelewengan dana 1MDB. — Gambar fail

DUA selebriti Hollywood, Leonardo DiCaprio dan Kim Kardashian disoal siasat Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS), Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman (DoJ) berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

DiCaprio sebelum ini dilaporkan pihak berkuasa AS itu pada April 2018 berhubung kaitannya dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau dikenali Jho Low yang bermula di kelab malam.

Pihak berkuasa sedang cuba untuk mengenal pasti jenis perniagaan DiCaprio dan hubungannya dengan ahli perniagaan yang dikehendaki pihak berkuasa AS itu kerana didakwa menjalankan gerakan 'pintu belakang' untuk menggugurkan siasatan 1MDB.

Menurut laporan Bloomberg Businessweek, DiCaprio mendakwa dia mengenali Jho Low di sebuah kelab malam pada 2010 sebelum perkenalan itu membawa kepada pelaksanaan beberapa projek termasuk penerbitan filem The Wolf of Wall Street, terbitan Red Granite Pictures milik Riza Aziz.

Laporan berkenaan turut berkata, hubungan Jho Low dengan DiCaprio dan selebriti lain mendapat perhatian ketika pendakwa raya bersedia bagi perbicaraan membabitkan ahli kumpulan hip hop, Fugees, Prakazrel 'Pras' Michél.

Michél didakwa membawa masuk wang asing ke kempen bekas Presiden AS, Barack Obama pada 2012 serta melobi bagi pihak Jho Low dan kerajaan China.

Antara senarai saksi berpotensi Michél yang disenaraikan ialah DiCaprio, Obama, bekas presiden AS, Donald Trump dan pengusaha hotel, Steve Wynn.

Semakan Bloomberg Businessweek terhadap dokumen yang tidak didedahkan FBI sebelum ini menawarkan perakaunan lebih terperinci mengenai tawaran itu dan menunjukkan cara ejen persekutuan memaksa selebriti dan pengendali mereka untuk mendapatkan maklumat berkaitan Jho Low.

Laporan sama menyebut, pada Februari 2019, Kardashian memberitahu FBI pertemuannya dengan Jho Low dan berpesta di Las Vegas dengan ahli perniagaan itu memberi tunangnya ketika itu, Kris Humphries, AS$100,000 (RM447,550) untuk bunga api bagi perkahwinan mereka pada 2011.

Wakil DiCaprio dan Kim bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Kim turut menceritakan perihal pemindahan wang yang luar biasa. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram