[VIDEO] Bukan dari agensi biasa-biasa, identiti pengasuh berstatus janda, dera anak instafamous didedahkan


  • Benua
  • Ahad, 31 Mac 2024

Pihak polis menahan suspek dikenali sebagai Suster I untuk siasatan selanjutnya. — Agensi

PADA minggu ini, warga maya digemparkan dengan kes penderaan anak kepada seorang selebriti Instagram Indonesia berasal dari Malang, Jawa Timur, yang dipercayai didera pengasuh wanitanya.

Hal itu didedahkan sendiri ibu kepada kanak-kanak malang itu, Emy Aghnia, menerusi perkongsian beberapa gambar terkini keadaan anak perempuannya yang mengalami kecederaan di bahagian kepala, mata dan telinga.

Berdasarkan hantaran terbaharu oleh Emy di Instagramnya, dia berkongsikan latar belakang pengasuh yang mendera anaknya itu.

"Ini CV (curriculum vitae) dia... bukan dari agensi main-main sayang," tulis Emy.

WhatsApp Image 2024-03-31 at 3.29.20 PM

Tangkap layar video memaparkan pengasuh terbabit di dalam kereta sebelum diserahkan kepada pihak polis pada Sabtu. — Agensi

Menurutnya, wanita itu berusia 27 tahun yang dikenali dengan panggilan Suster I dan berasal dari Surabaya.

Ujarnya, suspek yang juga beragama Islam dimaklumkan pernah berkahwin namun sudah bercerai.

Seorang pengikut Emy di Instagram mengiyakan fakta itu dengan menambah bahawa suspek yang berstatus janda mempunyai seorang anak yang masih kecil.

BACA LAGI: [VIDEO] Dah anggap macam keluarga, instafamous terkejut tengok CCTV anak kena dera pengasuh

2619636

Keadaan kecederaan dialami Jana akibat penderaan dialami. — Instagram/emyaghnia

Emy berkata, wanita memiliki wajah berkulit putih dan berambut panjang itu sudah bertugas menjadi penjaga bersama keluarganya sejak 2018.

Sebelum itu, Suster I difahamkan pernah berkhidmat sebagai pengasuh di beberapa tempat lain antaranya di Surabaya dan Samarinda.

Berdasarkan maklumat lanjut dikongsikan, wanita terbabit memiliki tahap pendidikan sehingga ke tahap sekolah menengah di SMA Darul Ulum 4 Bakung.

Tambah Emy, dia menggunakan khidmat pengasuh tersebut menerusi agensi Val The Consultant.

Dipetik dari pelbagai sumber, pemilik Val The Consultant Indonesia ialah Valentina Maya Sari dan kliennya pula ramai terdiri daripada selebriti terkenal.

Ditubuhkan pada 2012, agensi itu menyediakan perkhidmatan perundingan dan pengurusan rasmi untuk pengambilan profesional penjagaan kanak-kanak.

Dalam pada itu, Emy menceritakan lebih lanjut berkenaan insiden penderaan pengasuh tersebut terhadap anaknya yang dipanggil Jana.

Ujarnya, meskipun anak perempuannya itu cuba lari dari katil akibat ketakutan atas perbuatan dilakukan, namun pelaku didakwa mengejar mangsa sebelum dipukul hingga lebam.

"Jana diseksa oleh (pengasuhnya) lebih 30 minit, dia hendak lari, dikejar dan dipukul lagi. Saya tidak tahan melihatnya," kata Emy di Instagramnya Sabtu.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kamu sakit pun aku belikan ubat', pengasuh dera anak instafamous teresak-esak kena 'basuh' sebelum ditahan polis

Menerusi perkongsian sama, Suster I dilihat memukul kepala Jana. Ketika kejadian, Jana diberikan wanita itu untuk dijaga selama dua hari.

Emy kemudiannya turut mendakwa anak perempuannya itu sebenarnya telah didera selama lebih satu jam oleh pelaku.

Dalam kejadian tersebut, kanak-kanak itu dipukul di kepala dengan buku, dan mukanya disimbah minyak herba.

Emy menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pengasuh.

Sementara itu, rata-rata warga maya mengesyaki pengasuh tersebut sedang menghidap penyakit mental.

Pada masa sama, wanita itu kini sudah ditahan dengan kes tersebut dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Malang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram