KES penculikan sememangnya bukan antara jenayah yang kerap berlaku di seluruh negara termasuk Perancis.
Perancis atau lebih dikenali sebagai 'kota cinta' itu pernah digemparkan dengan kejadian ngeri melibatkan seorang warga emas wanita dan cucu perempuannya pada Jun 2023.
Horrifying footage from France in 2023 captures the moment a homeless man followed a grandmother, and her seven-year-old granddaughter into their home in an ‘attempted kidnapping'. pic.twitter.com/Kre04qkSyw
— Morbid Knowledge (@Morbidful) February 16, 2024
Ketika kejadian, kedua-dua mangsa berada di hadapan rumahya di Central Bordeaux sebelum secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki tidak dikenali.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut, suspek dilihat berlari ke arah mangsa dan terus membuka pintu secara paksa sebelum mengheret mereka ke luar.
BACA LAGI : Dua remaja antara 3 direman subahat kes culik kanak-kanak di Johor
Suspek mengheret kedua-dua mangsa keluar dengan kasar ketika insiden itu.
Pada ketika itu, berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek kerana suspek dilaporkan melakukan cubaan menculik dan merompak ketika itu.
Suspek juga dilihat sempat mengambil beberapa barang milik mangsa dengan ganas dan menolak kasar kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak terbabit bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dan berlari ke arah neneknya.
Namun, tindakan suspek pantas dihidu dan berjaya ditangkap polis satu jam kemudian selepas kejadian itu.
Ketika tangkapan dilakukan, polis Perancis dilaporkan menggunakan pistol kejutan elektrik ekoran tindakan agresif suspek yang tidak mahu ditahan.
Seekor anjing yang membuatkan suspek melarikan diri kerana takut diketahui ramai.
Menurut Pendakwa Raya Bordeaux, warga emas itu mendakwa, suspek cuba menculik cucunya tetapi tidak berjaya selepas disergah seekor anjing yang berada di lokasi kejadian.
Pada masa sama, mangsa turut dilaporkan cedera di kepala, siku dan kakinya ketika pergelutan berlaku.
Kedua-dua mangsa diberikan rawatan lanjut termasuk dirujuk kepada pakar psikologi akibat trauma yang dihsdapi mereka.
Bagaimanapun, berdasarkan laporan dikeluarkan CNEWS pada waktu itu, suspek mendakwa dirinya berada di bawah pengawasan dan pemantauan psikologi ketika disoal di balai polis.
Pihak polis juga dilaporkan telah menjalankan ujian alkohol dan mendapati keputusannya negatif.
Setakat ini, tiada laporan lanjut mengenai pendakwaan di mahkamah yang dikenakan terhadap suspek selepas siasatan dijalankan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram