HANYA kerana disoal mengenai isu motosikal yang disewanya, seorang pelancong warga asing bertindak ganas apabila menumbuk seorang pekerja di sebuah vila dekat Kabupaten Gianyar, Bali, Indonesia.
Insiden berlaku pada Rabu sekitar pukul 5 petang waktu tempatan itu turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di lokasi kejadian.
Media tempatan melaporkan bahawa hasil maklmumat yang diterima mendapati pekerja terbabit pada awalnya bertanyakan kepada lelaki warga asing terbabit mengenai motosikal yang dipinjamnya.
Pasangan pelancong asing itu pada awalnya dilihat sedang mengeluarkan barangan dari sebuah kenderaan.
Bagaimanapun, pelancong tersebut kemudiannya secara tiba-tiba bertindak agresif dengan menumbuk ke arah muka pekerja terbabit.
Ketika kejadian, lelaki berkenaan yang turut bersama seorang perempuan dipercayai pasangannya dilihat baru sahaja mengeluarkan barang daripada sebuah kenderaan.
Difahamkan, pasangan pelancong itu sudah bermalam di vila terbabit dan turut menyewa kemudahan motosikal yang disediakan di tempat berkenaan.
Difahamkan, akibat kejadian terbabit, pekerja itu mengalami kecederaan patah gigi.
Pasangan pelancong itu dipercayai masih gagal dikesan ekoran kejadian yang berlaku. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram