HANYA kerana tidak berpuas hati dengan tindakan seorang warga emas yang beratur terlalu dekat dengannya ketika di kaunter pembayaran, seorang lelaki sanggup bertindak ganas dengan menumbuk muka wanita malang tersebut.
Video mengenai kejadian mengejutkan itu tular selepas ia dikongsikan di laman X oleh crazyclips_ pada Khamis.
Berdasarkan klip berkenaan, wanita warga emas itu pada awalnya dilihat sedang menunggu giliran dan beratur berdekatan di belakang lelaki terbabit untuk melakukan pembayaran.
Bagaimanapun, tanpa sebarang amaran, lelaki tersebut kemudiannya secara tiba-tiba bertindak melepaskan tumbukan tepat ke arah muka warga emas tersebut sehingga menyebabkan terus terbaring di atas lantai.
Menerusi carian yang dilakukan di internet, kejadian mengejutkan itu merupakan insiden lama yang berlaku di sebuah pasar raya di kota Syzran, Selatan Rusia sekitar September 2015.
Lelaki tersebut yang kemudiannya dikenali sebagai Vitaliy Kondratenko merupakan penganggur dan seorang duda anak dua.
Wanita itu pada awalnya dilihat sedang beratur menunggu giliran di belakang lelaki tersebut di untuk melakukan pembayaran di kaunter.
Media juga melaporkan bahawa dia yang ketika itu berusia 34 tahun dan turut memiliki sejarah keganasan ditangkap pihak polis susulan kejadian berkenaan.
Dalam pada itu, wanita tersebut yang juga seorang pesara, Nina Tulupova, 61 dilaporkan menerima rawatan di hospital selepas mengalami kecederaan luka di bahagian bibir dan muka akibat insiden terbabit.
Video yang dikongsikan selepas kejadian tersebut turut menyaksikan dia mengalami lebam di bahagian mata kanannya.
Bercakap kepada media tempatan, Nina memaklumkan dia langsung tidak mengenali lelaki tersebut.
"Saya tidak pernah melihat lelaki ini sebelum ini dan saya tidak tahu siapa dia.
"Ketika kejadian saya sedang mengeluarkan barangan dari bakul dan meletakkannya di atas kaunter, meletakkan bakul di sebelah kanannya.
"Kemudian tiba-tiba saya mendapati diri saya terbaring di atas lantai," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram