[VIDEO] Sempat main TikTok, perempuan simpanan tamatkan riwayat isteri skandal guna sabit berulang kali


  • Benua
  • Jumaat, 19 Jan 2024

Tangkap layar pihak polis berjaya menangkap Fitria yang membunuh seorang wanita gara-gara cemburu pada Khamis. — Agensi

SEORANG wanita ditemui mati selepas dibunuh oleh perempuan simpanan suaminya dalam kejadian di Dusun Lorpolor, Desa Karang Gayam, Daerah Omben, Sampang, Madur, Indonesia pada Selasa.

Lebih kejam lagi, suspek, Fitria, 23, sempat bermain TikTok selepas membunuh mangsa seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Sampang, Asisten Komisioner Polis Sigit Nursiyo Dwiyogo, mangsa, Siti Maimuna meninggal dunia akibat diserang menggunakan sabit berulang kali.

"Berdasarkan keterangan abang mangsa, Fitria yang juga merupakan jiran mangsa masuk ke bilik dan berlaku pergaduhan," katanya.

BACA LAGI: Tiada modal beli deodoran? 'Student' U boleh guna cara jimat atasi masalah bau badan

kronologi-pelakor-di-sampang-bunuh-istri-selingkuhannya-dengan-celurit-jNw1P4u7NJ

Suspek, Fitria berjaya ditahan pihak polis selepas cuba melarikan diri.

Apabila terdengar kekecohan, abang ipar mangsa terus bangun dan menghampiri bilik itu, namun Siti Maimuna sudah dalam keadaan berlumuran darah.

Susulan itu, abang ipar mangsa bertindak mengejar suspek, namun dia sempat melarikan diri.

Selepas pihak polis berjaya menahan Fitria, wanita itu didapati merupakan perempuan simpanan suami mangsa selama dua tahun tanpa pengetahuan mangsa.

"Suspek sakit hati dan cemburu bila dapat tahu mangsa bersama suaminya ingin pindah ke Surabaya. Tak fikir panjang, suspek terus nekad untuk tamatkan riwayat hidup mangsa," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram