SEKITAR 600 tahanan berjaya melarikan diri dari pusat pemulihan di Polonnaruwa, Sri Lanka pada Rabu selepas pergaduhan antara dua kumpulan banduan tercetus, menurut polis.
Jurucakap polis Nihan Thalduwa berkata, anggota tentera dan polis tambahan telah dikerah ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan, dan operasi menjejaki banduan yang melarikan diri telah dilancarkan, lapor Xinhua.
Thalduwa berkata, baki 400 tahanan bertindak menghalang pasukan tentera dan polis daripada memasuki premis itu.
Kawalan keselamatan diperketatkan di sekitar pusat pemulihan yang menempatkan kira-kira 1,000 banduan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram