[VIDEO] Pangkalan US di Syria dihujani puluhan peluru berpandu


  • Benua
  • Ahad, 31 Dis 2023

Tangkap layar video memaparkan serangan peluru berpandu yang dilakukan terhadap dua pangkalan Amerika Syarikat di Syria pada 12 Disember lalu.

KEMPEN ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Syria semakin mencabar sejak konflik Palestin-Israel tercetus pada 7 Oktober lalu apabila kemudahan tentera AS menjadi sasaran kumpulan bersenjata.

Dalam perkembangan terbaharu, serangan puluhan peluru berpandu menghujani dua pangkalan AS di Syria pada 12 Disember lalu, dipercayai dilancarkan oleh kumpulan militan pro-Iran.

Kumpulan tersebut dilaporkan telah menyerang dua pangkalan Amerika Syarikat yang terletak di dua ladang minyak iaitu di al-Omar dan Koniko, Deir ez-Zor.

Dalam serangan itu, tentera AS dilaporkan diserang dengan 40 peluru berpandu dan roket sekali gus mencatatkan serangan terganas sejak berlakunya serangan Israel terhadap Palestin pada 7 Oktober lepas.

msg1050426791-21405

Kenderaan tentera Gabungan Amerika Syarikat di Deir ez-Zor, Syria. — Agensi

Serangan tersebut juga sempat dirakam dan video tersebut dimuat naik di Twitter (X) @MarioNawfal pada Ahad.

Menurut kenyataan pasukan tersebut, tiada kemalangan jiwa atau kematian dilaporkan ketika serangan berlaku kerana dikatakan terlepas dari sasaran.

msg1050426791-21403

Tentera Israel yang dilaporkan turut melakukan serangan terhadap Syria. — Agensi

Bagaimanapun, Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria dalam pada itu melaporkan bahawa terdapat 66 serangan darat dan udara yang dilakukan oleh kumpulan tersebut sejak konfik Israel-Palestin itu semakin tegang.

Menurutnya, serangan yang dilakukan oleh kumpulan berkenaan telah mengakibatkan kerosakan logistik dan kecederaan kepada tentera gabungan antarabangsa.

Sementara itu, Israel juga dilaporkan selepas itu menyerang pangkalan pertahanan udara utama Syria dikatakan kerana mahu mengganggu sistem pertahanan udara Syria. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram