Kedai 'hardware' hangus di Ipoh, bomba sahkan tiada mangsa cedera


  • 112
  • Selasa, 26 Dis 2023

Sebuah kedai barangan perkakasan rentung dalam insiden kebakaran yang berlaku di Station 18, Pengkalan Pegoh, Ipoh, Perak pada awal pagi Selasa. — Ihsan bomba

PENDUDUK di Station 18, Pengkalan Pegoh, Ipoh, Perak digemparkan dengan insiden kebakaran membabitkan sebuah kedai barangan perkakasan (hardware) yang hangus pada awal pagi Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kedai setingkat dengan keluasan 20 x 70 kaki persegi itu musnah 50 peratus.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1 pagi, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Ipoh, dengan dibantu BBP Simpang Pulai, Kinta, Perak ke lokasi.

"Kebakaran bagaimanapun tidak membabitkan mangsa dan pasukan bomba membuat kerja memadam api.

"Operasi menggunakan dua aliran 300 kaki dengan dua pancutan sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Operasi yang diketuai oleh Ketua Balai BBP Pasir Puteh, PKPgB Akmal Azizi itu tamat pada pukul 3.30 pagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram