
SEORANG wanita di Australia dikenakan hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah mencampakkan anjing haiwan peliharaannya dari atas sebuah bangunan bertingkat berketinggian lebih sembilan meter.
Perbuatan mengejutkan yang turut menyebabkan kecederaan parah terhadap anjing malang jenis Maltese Shih Tzu itu tular selepas ia dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi tersebut yang terletak di pusat beli-belah Westfield Whitford City, Australia.
Tertuduh, berusia 26 tahun yang turut mengakui kesalahannya itu melalui hantaran di Facebooknya turut dijatuhi hukuman diharamkan daripada mengambil sebarang haiwan peliharaan selama 10 tahun.
Melalui posting dibuat di media sosialnya yang kini sudah dipadam, wanita tersebut turut dengan tanpa rasa bersalah menyatakan dia sebenarnya membantu anjing tersebut dan menulis, 'semua yang saya lakukan hanyalah menyakiti dan menderanya.'
Media pada Rabu melaporkan, penyebabaran video yang tular itu membawa kepada penahanan wanita tersebut.
Pada masa sama, pasangan tertuduh yang merupakan lelaki berusia 23 tahun dan berada di dalam kenderaan ketika kejadian turut dikenakan denda RM116,450 dan diharamkan mempunyai haiwan peliharaan selama tiga tahun. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram