[VIDEO] Veterinar siasat kes pemuda dera, bakar anjing di Johor


  • 112
  • Khamis, 30 Mac 2023

Tangkap layar rakaman lelaki tersebut yang bertindak membakar seekor anjing di Skudai, Johor. — Facebook/LeowYeeChin

SUSPEK yang dilihat dalam video tular mendera anjing, termasuk membakar seekor, boleh dikenakan denda dan penjara jika disabitkan kesalahan.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat pada 2.59 petang Isnin.

"Video lelaki itu mendera anjing itu telah tular dan kejadian dipercayai berlaku berhampiran sebuah klinik veterinar di Taman Impian Emas di Skudai, Johor," katanya pada Khamis.

Fariz menambah, kes penderaan haiwan itu disiasat Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015, yang membawa hukuman denda sekurang-kurangnya RM25,000 hingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Klip video lelaki itu telah tular di media sosial di mana dia dilihat membaling barang ke arah beberapa anjing berteduh di tangga sebuah bangunan.

Dia dilihat tiba di lokasi dan beberapa kali mendera haiwan itu sehingga ke tahap membakar haiwan tersebut.

Tindakannya itu menimbulkan kemarahan warganet dengan ramai yang mengutuknya kerana mencederakan haiwan tersebut.

Suspek dipercayai seorang lelaki berusia 19 tahun. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram