SEORANG anggota Parlimen Ukraine, Sergey Batrin meletupkan tiga bom tangan ketika mesyuarat tempatan di Keretskivska, Ukraine pada Jumaat.
Polis Ukraine dalam satu kenyataan berkata, insiden mengejutkan itu telah menyebabkan kecederaan 26 ahli lain termasuk pelaku manakala enam daripadanya cedera parah dan berada dalam keadaan kritikal.
Sebelum kejadian, Sergey dikatakan telah bergaduh dengan rakan sekerjanya berhubung peruntukan bonus 50 peratus dan bonus bulanan 100 peratus kepada Ketua Kampung.
Seorang anggota majlis PBT melontar tiga butir bom tangan ketika mesyuarat anggota majlis di Transcarpathia, Ukraine menyebabkan 26 orang cedera, tiga daripadanya parah termasuk anggota majlis yg lontar bom tangan itu. Kes naya ni... pic.twitter.com/9N3Lz7KCuC
— Defence Security Asia (@defence_asia) December 15, 2023
Namun, tindakan nekad itu dilakukan apabila rakan-rakannya tidak menerima dakwaan dan hujahnya.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bilik mesyuarat tersebut, individu itu dilihat masuk ke bilik dan berdiri di pintu sebelum membaling tiga bom tangan ke lantai.
Dalam rakaman itu, kesemua ahli kelihatan sedang duduk dan berada sangat dekat dengan Sergey sebelum mereka dilihat bertempiaran lari ketika kejadian.
Sementara itu, polis juga dilaporkan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut dan menyatakan bahawa kejadian dikategorikan sebagai jenayah keganasan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram