[VIDEO] Pemuda Rusia sanggup 'head shot' diri sendiri sebab tak mahu pergi berperang di Ukraine


  • Benua
  • Khamis, 23 Nov 2023

Tangkap layar video memaparkan Mark Inkeles maut selepas menembak diri sendiri di sebuah pusat menembak di Moscow, Rusia baru-baru ini.

SEORANG lelaki bertindak menamatkan riwayatnya dengan melepaskan tembakan di kepalanya ketika sedang menjalani latihan menembak di Marksistskaya Street, Moscow, Rusia baru-baru ini.

Mangsa yang bernama Mark Inkeles, 23, dilaporkan maut kerana menembak dirinya sendiri di sebuah pusat menembak di negara itu.

Pada masa sama, punca mangsa bertindak sedemikian kerana dikatakan dia enggan menyertai pasukan tentera untuk berperang di Ukraine.

Pada Selasa, Mark telah menerima panggilan untuk menyertai misi peperangan itu dan dilaporkan sudah memberitahu rakan-rakannya tentang perkara tersebut.

photo1700709018

Mark Inkeles yang maut selepas membunuh dirinya untuk mengelak daripada berperang di Ukraine. — Agensi

Menerusi video yang dikongsikan di Twitter (X) @igorsushko pada Rabu, mangsa dilihat menembak dirinya sendiri secara terang-terangan di lokasi kejadian.

Dalam video itu, seorang jurulatih turut dilihat sedang memberi tunjuk ajar kepada seorang wanita yang berada di sebelah mangsa sebelum kejadian itu berlaku.

Sementara itu, pada Rabu, tentera Rusia dilaporkan telah memusnahkan empat bot tanpa pemandu yang dipercayai milik tentera laut Ukraine yang sedang menuju ke Semenanjung Crimea, Laut Hitam.

Untuk rekod, Rusia juga sudah melancarkan operasi ketenteraan khasnya di Ukraine sejak 24 Februari lepas dan konflik antara kedua-dua negara itu dilihat masih belum menemui sebarang kata sepakat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram