
SERAMAI enam orang pelajar lelaki Universiti Prima Indonesia (UNPRI) Jalan Sampul, Daerah Medan Petisah, Kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia kini diburu polis.
Ia susulan video tular memaparkan penemuan mayat tanpa identiti di dalam sebuah bekas air di universiti berkenaan yang menimbulkan rasa panik terhadap orang ramai pada 12 Disember lalu.
Namun, terbaharu, keenam pelajar itu dilaporkan memuat naik video penjelasan tentang kejadian yang berlaku.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @yuhuyy_09, mereka mendakwa bahawa 'mayat' yang ditemui itu sebenarnya adalah patung sahaja.
Vidio penemuan mayat di UPRI pic.twitter.com/HwmXvOLESz
— Michael (@jangansokkerass) December 12, 2023
Pada masa sama, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polres Medan, Komisioner Teuku Fathir Mustafa berkata, pihaknya akan menyiasat lebih lanjut kenyataan yang dikeluarkan oleh keenam pelajar terbabit.
"Ia salah satu perkara yang perlu kami siasat kerana mereka kata itu adalah patung. Tetapi, realitinya mayat, maka kami harus siasat lagi dan minta keterangan sama daripada mereka yang berada dalam video itu," katanya.
Namun, setakat ini polis juga masih belum dapat mengenal pasti identiti kesemua individu yang memuat naik video berkenaan.
Para pelajar yang membuat video permohonan maaf selepas tular video penemuan mayat itu.
Fathir juga meminta kepada seluruh pihak agar memberi kerjasama kepada pihak polis agar dapat menyelesaikan kes itu secepat mungkin.
Bagaimanapun, Fathir sebelum ini dilaporkan berkata, kejadian itu dilihat cuba ditutupi oleh pihak universiti yang menolak kehadiran pihak polis.
Namun, walaupun dihalang, pihak polis akhirnya berjaya memasuki kawaasan berkenaan bagi melakukan penyiasatan lanjut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram