[VIDEO] Pelajar maut, berlumuran darah di kepala lepas kena tikam dengan objek tajam


  • Benua
  • Jumaat, 01 Dis 2023

Keadaan mangsa yang maut dan berlumuran darah selepas ditikam di Indonesia pada Jumaat.

SEORANG pelajar yang kelihatan terlantar di atas jalan raya disyaki maut akibat ditikam dengan alatan tajam dalam kejadian di Pasar Ciampea, Kabupaten Bogor, Indonesia pada Jumaat.

Mangsa berusia 16 tahun itu yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Golden, Ciampea cedera parah di kepala selepas ditikam.

Menerusi video yang dimuat naik di Twitter (X) @Heraloebss, pelajar tersebut dilihat terbaring dengan baju sekolah dalam keadaan berlumuran darah.

Dalam video itu, beberapa orang awam dilihat mengerumuni mangsa kerana terkejut dengan situasi yang berlaku di lokasi kejadian.

Ketua Polis Ciampea, Kompol Suminto berkata, mayat mangsa sudah dievakuasi dan dibawa ke Hospital Polri Kramat Jati, Jakarta Timur untuk dibedah siasat.

"Mayat sedang dibawa ke hospital untuk dibedah siasat dan kes masih lagi dalam siasatan," katanya.

Bagaimanapun, Suminto berkata, kronologi kejadian masih belum dapat dipastikan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram