Lelaki parah kena tikam penyokong bertopeng, pakai topi keledar di Milan


  • Podium
  • Rabu, 08 Nov 2023

Tangkap layar rakaman video tersebut. — Twitter

SEORANG peminat Paris Saint Germain (PSG) parah selepas ditikam dalam pergaduhan antara penyokong bola sepak sebelum perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) antara AC Milan dan PSG berlangsung.

Dalam laporan tersebut, mangsa yang berusia 34 tahun itu ditikam dua kali di kaki dan dibawa ke Hospital Policlinico di Milan.

Dalam keganasan itu, seramai 50 penyokong Milan yang memakai topeng dan topi keledar bertempur dengan penyokong PSG selain membaling suar.

AC Milan yang melayan PSG di Stadium San Siro itu menyelar keganasan berkenaan dan menyifatkan ia tidak sepatutnya berlaku.

"Bagi kami, bola sepak adalah keinginan, bukannya kebencian. Sukan sepatutnya menyatukan, bukannya memisahkan," kata kelab itu menerusi muat naik di Twitter.

Keganasan yang berlaku di Milan itu bukan sahaja mengakibatkan seorang peminat cedera malah dalam pertembungan berasingan antara polis dan peminat PSG, salah seorang anggota polis turut ditikam.

September lalu, seorang penyokong kelab Inggeris iaitu Newcastle United ditikam di kawasan yang sama iaitu Milan sebelum perlawanan UCL menentang AC Milan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram