
SEORANG jurulatih Amerika Syarikat menunjukkan cara-cara bernas untuk membuat jaket keselamatan ketika berhadapan detik-detik cemas ketika berada di dalam air dengan menggunakan seluar sahaja.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram @coachmikenitro, jurulatih lelaki yang tidak dinamakan itu dilihat tenang terjun ke dalam kolam untuk menunjukkan cara tersebut.
Menurutnya, ia merupakan cara yang boleh dilakukan jika seseorang itu terjatuh secara tiba-tiba ke dalam air dengan berpakaian lengkap.
"Pertama sekali, tanggalkan kasut dan seluar yang dipakai dengan segera dalam keadaan tenang.
"Kemudian, tahan nafas anda kerana ia perlu dilakukan perkara itu di dalam air," katanya sambil melakukan perkara sama dalam video tersebut.
Beberapa saat kemudian, dia dilihat mengikat kedua-dua belahan seluar itu dan mengembungkannya seperti pelampung.
Pada masa sama, dia memakai seluar yang sudah dijadikan sebagai pelampung tadi di lehernya.
"Itu sahaja, sepasang seluar boleh jadi jaket keselamatan, kekalkan udara di dalamnya dan anda boleh berada dalam air pada masa panjang," katanya lagi.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi dengan cara yang ditunjukkan dalam video tersebut.
"Nota: Ia tidak berguna untuk jenis seluar yang lain," komen @IbehOEmmanuel.
"Latihan kelangsungan hidup dalam air. Mudah," tulis @DylanWeaver. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram