[VIDEO] Lelaki maut tertembak diri sendiri depan 3 rakan ketika uji pistol


  • Benua
  • Jumaat, 10 Nov 2023

Tangkap layar video memaparkan mangsa maut tertembak dirinya sendiri selepas bermain dengan pistol yang diubah suai di Taiwan.

SEORANG lelaki maut kerana tidak sengaja menembak dirinya selepas melepaskan tembakan pistol yang disangka tidak berfungsi dalam satu kejadian di Taiwan, pada bulan lepas.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 31 Oktober dan pistol yang digunakan dikatakan telah diubah suai.

Pada masa sama, kejadian juga sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di rumah tersebut.

Polis Taiwan berkata, kejadian berlaku apabila lelaki berusia 40 tahun bernama Tsai itu menunjukkan pistol itu kepada rakannya dan dua remaja bawah umur ketika berada di ruang tamu.

Dalam video itu, mangsa mendakwa pistol itu tidak berfungsi dan untuk membuktikannya, mangsa meletakkan pistol di kepalanya, menarik picu dan seolah-olah mahu menembak.

"Dia kemudian menariknya kembali dan pistol tersebut secara tiba-tiba melepaskan tembakan sebelum peluru menembusi kepalanya.

msg1050426791-18742

Tsai ketika mahu membuktikan pistol yang dipegangnya tidak berfungsi sebelum maut dalam kejadian.

"Rakan Tsai dan dua remaja bawah umur itu ketakutan dan terkaku selama beberapa saat sebelum melarikan diri selepas melihat mangsa berlumuran darah," katanya.

Ketika kejadian, isteri mangsa yang berada di tingkat atas dikatakan segera menghubungi polis dan ambulan selepas mengetahui apa yang berlaku.

"Bagaimanapun, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.

"Selepas siasatan awal, kemalangan itu berlaku berikutan tindakan secara tidak sengaja," tambahnya.

Dalam pada itu, mangsa dikatakan pernah dikaitkan dengan aktiviti kumpulan samseng manakala rakannya pula merupakan individu yang dikehendaki dan kini telah ditahan oleh polis.

Sementara itu, pihak polis dilaporkan masih menjalankan siasatan berhubung kejadian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram