[VIDEO] Polis buru guru kontrak disyaki buat gangguan seksual pada pelajar, ugut simbah asid jika mengadu


  • Benua
  • Jumaat, 10 Nov 2023

Tangkap layar video memaparkan seorang guru didakwa membuat gangguan seksual ke atas pelajarnya.

PIHAK polis sedang memburu seorang guru lelaki yang didakwa membuat gangguan seksual ke atas pelajarnya.

Perbuatan guru berstatus kontrak di sebuah kolej kerajaan di Mathura, Uttar Pradesh, India itu dibongkarkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut.

Kejadian itu berlaku pada Isnin lalu apabila Govind dipercayai menggunakan kuasa vetonya untuk meminta mangsa yang berusia 15 tahun menemuinya sebentar selepas waktu persekolahan.

Berdasarkan rakaman tular itu, guru berkenaan bukan sahaja menunjukkan alat sulitnya, malah dia juga dilihat cuba mendekati mangsa dengan niat untuk melakukan perbuatan terkutuk terhadap remaja itu.

Govind mengugut mangsa agar tidak menceritakan hal tersebut kepada sesiapa, selain turut mengugut untuk menyimbah asid ke seluruh badannya termasuk membunuh ahli keluarganya.

Pelajar itu berjaya melarikan diri, namun dia yang berada dalam keadaan terkejut tidak segera melaporkan kejadian itu kepada polis.

Dia hanya membuat laporan kepada pihak berkuasa dua hari selepas kejadian.

Polis sedang giat menjalankan operasi mencari suspek bagi membantu siasatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram