[VIDEO] Bekas ahli politik Sepanyol cedera ditembak di muka


  • Benua
  • Jumaat, 10 Nov 2023

Alejo Vidal-Quadras yang dilaporkan cedera selepas ditembak di muka dalam satu insiden di Madrid, Sepanyol pada Khamis.

BEKAS ketua Parti Rakyat (PP) berhaluan tengah Sepanyol di wilayah Catalonia ditembak di muka dalam satu insiden di ibu kota Madrid pada Khamis.

Mangsa, Alejo Vidal-Quadras, 78, dilaporkan cedera selepas insiden pada pukul 1.30 tengah hari dan sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Susulan itu, pihak polis giat memburu seorang lelaki bersenjata bersama rakannya yang dikatakan pada ketika itu menghampiri mangsa lalu melepaskan tembakan menaiki motosikal.

Dalam kejadian itu, pihak berkuasa mengesahkan sebutir peluru menembusi rahang mangsa menyebabkan kecederaan di bahagian muka.

Sementara itu, suspek masih lagi gagal dikesan, tetapi polis menemui motosikal yang digunakan oleh suspek bersama rakannya.

Bagaimanapun, motif kejadian dikatakan masih lagi dalam siasatan.

Vidal-Quadras merupakan bekas ketua PP kanan tengah di Catalonia dan pengasas parti Vox sayap kanan Sepanyol dan pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden Parlimen Eropah antara 2009 dan 2014. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram