[VIDEO] Buang mayat kawan maut kemalangan, 2 remaja jadi buruan polis


  • Benua
  • Selasa, 07 Nov 2023

Kenderaan jenis sedan itu dipercayai dipandu secara laju sebelum merempuh pokok dan tiang elektrik. — Agensi

TINDAKAN seorang pemandu membuang mayat dua orang remaja daripada sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan sebelum lari meninggalkan tempat kejadian berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Kedua-dua mangsa dikenali Braydan Collier dan Kaine Bell merupakan penumpang kenderaan terbabit yang dipandu suspek bersama seorang lagi individu, dalam kejadian pada Isnin.

Terdahulu kenderaan jenis sedan Ford Falcon berwarna kelabu yang dinaiki suspek melanggar pokok dan tiang jana kuasa elektrik di Maxwell Avenue, Ashcrof, Sydney kira-kira pukul 10.50 pagi.

Impak kemalangan itu telah mengakibatkan kenderaan tersebut terbelah dua yang sekali gus menyebabkan Collier dan Bell yang duduk di bahagian belakang kereta tersebut maut di tempat kejadian.

Suspek dan penumpang di bahagian depan dikenali sebagai Nicholas Thew dan Anthony Morris pula sempat melarikan diri selepas berjaya keluar daripada kereta yang kemik teruk itu.

Mayat mangsa ditemukan di halaman sebuah rumah, lebih lima meter dari lokasi perlanggaran.

Difahamkan, pihak berkuasa sedang dalam usaha memburu kedua-dua suspek tersebut.

WhatsApp Image 2023-11-07 at 00.42.18

Braydan (kiri) baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-13 sehari sebelum kejadian. — Agensi

Mail Online melaporkan Collier, 13, dan Bell, 14, saling mengenali dan merupakan rakan karib.

Braydan baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-13 sehari sebelum kejadian.

Bagaimanapun, dua lagi suspek, Nicholas Thew dan Anthony Morris dikatakan masih berada dalam pelarian.

Dalam pada itu, polis menolak dakwaan kononnya kereta tersebut merupakan kenderaan curi sebaliknya mungkin milik salah seorang daripada mereka. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram