SEKUMPULAN rombongan melibatkan pelajar Institut Teknologi Bandung (ITB) terlibat dalam kemalangan ketika di Lembang, Kabupaten Bandung Barat (KBB), Jawa Barat (Jabar), Indonesia pada Sabtu.
Dalam kejadian, trak yang dinaiki mereka dilaporkan terbalik ketika melalui tanjakan di jalan Kampung Pasir Angling, Desa Suntenjaya, Kecamatan Lembang.
Ketua Kampung, Suntenjaya Asep Wahono berkata, kesemua mangsa dalam perjalanan untuk melakukan kajian lapangan ke tapak perkhemahan di daerah tersebut.
"Kejadiannya sekitar pukul 8.30 pagi dan mereka mahu ke tapak perkhemahan di Pasir Angling," katanya.
Asep menambah, trak tersebut tidak dapat melepasi laluan tanjakan itu dan terpaksa berhenti di tengah-tengah sebelum mengundur ke belakang dan kemudiannya terbalik.
"Trak itu terbalik kerana berat muatan barang serta penumpang yang membuatkannya ia terlalu berat. Sebelum itu, mereka sudah diingatkan bahawa penumpang atau barang yang dibawa harus dikeluarkan, tetapi mereka tetap melanjutkan perjalanan kerana katanya sudah biasa dengan perkara itu," katanya.
Pada masa sama, trak tersebut dikatakan sudah dievakuasi oleh trak lain yang berada di belakangnya sebelum meneruskan semula perjalanan kira-kira 30 minit kemudian.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku, namun ada mangsa yang cedera ringan.
Keadaan semua mangsa terdiri daripada pelajar ITB yang selamat selepas kemalangan berlaku di Indonesia pada Sabtu.
"Alhamdulillah, tiada yang terkorban. Ada pun hanya luka-luka ringan tetapi sudah dibantu dan dirawat oleh penduduk tempatan," tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Ketua Biro Komunikasi dan Hubungan Masyarakat ITB, Naomi Haswanto turut memastikan semua mangsa yang berada dalam trak tersebut dalam keadaan selamat.
"Betul, ia suatu kemalangan tetapi semua pelajar selamat. Rombongan itu sebenarnya membawa kesemua pelajar melakukan kajian lapangan Ekspedisi Geospasial, dari Prodi Geodesi di Bancirung Pasir Angling Cibodas Lembang," jelasnya lagi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram