PENDUDUK di Gaza, Palestin kini terpaksa menggunakan kereta keldai sebagai pengangkutan utama selepas wilayah tersebut tersebut kehabisan bekalan diesel susulan konflik berterusan bersama Israel sejak lebih sebulan lalu.
Di kawasan Khan Yunis yang terletak dekat Selatan Gaza, banyak kenderaan dilihat tersadai di tepi jalan akibat tidak dapat bergerak kerana ketiadaan bahan api.
Seorang pelarian yang ditemui, Maher Shaheen berkata, kehidupan di bandar tersebut kini disifatkan seperti sudah mati ekoran konflik yang berlaku sejak 7 Oktober lalu.
"Kami memandu kereta keldai sepanjang hari dengan bayaran 30 shekel setiap hari. Kehidupan kami telah berakhir di Gaza. Kami kembali ke zaman primitif," katanya.
Kereta keldai kini dijadikan sebagai pengangkutan utama selepas wilayah tersebut tersebut kehabisan bekalan diesel susulan konflik berterusan bersama Israel sejak lebih sebulan lalu. — Agensi
Menurutnya, dia juga kini menghadapi kesukaran untuk menyediakan makanan kepada anak-anaknya.
Perkhidmatan kereta keldai di kawasan Gaza ketika ini digunakan bagi mengangkut bekalan asas seperti air dan pelbagai lagi keperluan lain termasuk untuk mengagihkan bantuan kemanusiaan yang disalurkan oleh negara luar.
Susulan konflik yang bermula pada 7 Oktober lalu, rejim Israel bertindak mengenakan sekatan di wilayah Gaza dengan memutuskan antaranya bekalan air, eletrik, bahan api dan pelbagai keperluan asas lain.
Setakat Isnin, Al Jazeera melaporkan jumlah korban rakyat Palestin terbunuh akibat serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober kini mencecah seramai 9,770 orang.
Sementara itu, seramai lebih 1,400 orang terbunuh di Israel sejak tercetusnya konflik berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram